Assalamualaikum.
Aku gelarkan diri aku Abu Qayyim dalam alam skrin & internet ni. Nama ni sempena nama anak aku – Qayyim. Jadi, Abu Qayyim bermaksud Bapa Qayyim.
Isteri aku bernama Nurul. Alhamdulillah anak 3 orang. Fateh, Ilfiyna & Qayyim mengikut turutan. Saja aku biarkan nama isteri & anak-anak aku juga ada dalam halaman ni sebab dalam halaman yang lain senang untuk aku bercerita & berkongsi. Cuma tulis nama terus tanpa nak terangkan siapa.
Karier aku dalam bidang pembangunan web (web development). Tak kisahlah web korporat ke, e-commerce ke atau pun web sistem. 2024 ni dah masuk tahun ke 14 aku dalam bidang ni. Masih mentah lagi. Kalau ada yang nak bagi job, rogerlah ye.
Blog peribadi ni saja aku setup sebagai platform aku berkongsi dalam bentuk penulisan. Dalam masa yang sama, untuk cuba improve skills penulisan aku juga walaupun bercampur aduk Bahasa Melayu & English.
Sekian dulu serba ringkas.